Tentang MLM Soft

MLM Soft Ltd. ialah syarikat swasta yang telah diperbadankan di Hong Kong pada bulan Januari 2016. Kami memilih Hong Kong sebagai lokasi ibu pejabat kami kerana lokasinya yang sesuai di tengah-tengah rantau Asia Pasifik, rantau yang paling aktif membangun di seluruh dunia. Hong Kong juga sesuai sebagai hab untuk operasi perniagaan di seluruh dunia, satu keutamaan untuk syarikat kami.

MLM Soft mempunyai pusat R&D luar pesisir tersendiri di Novosibirsk, Rusia, yang menyediakan sekitaran IT yang ideal dengan institusi-institusi pendidikan lanjutannya yang memfokus dalam bidang sains komputer dan teknologi serta sumber manusia yang mahir dalam bidang IT.

Matlamat syarikat ialah untuk membangunkan dan memasarkan penyelesaian perisian yang terbaik untuk syarikat-syarikat MLM. Kami memanggilnya NRM (Pengurusan Hubungan Rangkaian) untuk menekankan ciri-ciri tertentu perisian yang akan membantu syarikat MLM menwujudkan hubungan yang baik, boleh diramal dan terkawal dengan rangkaian sebagai salah satu aset utama mereka.

Akhir sekali, kami menganggap perisian MLM bukan sahaja sebagai alat kira-kira yang diperlukan, tetapi sebagai pelaburan kritikal untuk syarikat MLM, yang memberikan mereka nilai tambahan dan menghasilkan kawalan yang lebih baik ke atas rangkaian mereka, lantas meningkatkan hasil syarikat.

Objektif utama dalam mereka bentuk perisian kami ialah untuk menjadikan penggunaannya jelas dan mudah, dan memberi pengalaman penggunaan yang serupa seperti menggunakan perisian lazim yang lain.

Produk kami menawarkan fungsi kelas ERP yang berharga dan tindanan teknologi sumber terbuka yang inovatif, yang menjadikannya lebih berkuasa dan cekap untuk dibangunkan, digunakan dan disenggara, mengelakkan kos-kos tersembunyi yang akan dikenakan kepada pelanggan.

berhampiran

berhampiran